KUALA LUMPUR: Membantu lebih ramai individu keluar daripada status muflis, memperkasa khidmat bantuan guaman dan menangani isu scammer antara tiga tumpuan utama Kerajaan Perpaduan dalam merealisasi reformasi institusi serta memperkasa undang-undang negara pada tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023.
Beliau berkata asas kepada semua perkara berkenaan ialah memastikan sistem perundangan negara berpaksikan kepada rakyat atau memberi manfaat kepada rakyat selaras aspek ihsan di dalam konsep MADANI yang didukung Kerajaan Perpaduan.
"Apa guna kerajaan beri perbelanjaan tinggi-tinggi untuk undang-undang tapi rakyat tak rasa manfaatnya, kita nak laksana undang-undang, reformasi institusi, perlu ukur kesusahan rakyat sebagai kejayaan reformasi yang ingin kita buat, kerana rakyat adalah pelanggan utama kita.
Sebab itu tahun ini kita dah bantu 38,749 individu keluar daripada muflis, itu jumlah yang progresif dan tahun hadapan kita sasar nak bantu lepaskan kira-kira 130,000 orang lagi, ini pun ihsan dalam MADANI, beri golongan ini peluang kedua," katanya dalam program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV malam tadi.
Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] yang dilaksanakan mulai 6 Okt lepas memberi peluang kedua kepada individu bankrap bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan seterusnya dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Azalina berkata aspek perundangan lain yang akan diberi penumpuan pada 2024 ialah bantuan guaman dengan mewujudkan lebih banyak jerayawara serta program justice on wheel.
"Contohnya di Sabah dan Sarawak ada mahkamah bergerak, tapi tiada bantuan guaman bergerak, jadi apa gunanya itu jika mereka tiada peluang untuk menggunakan hak dalam undang-undang, tak tahu nak rujuk siapa pun," katanya.
Beliau berkata pada tahun depan Mahkamah Siber yang akan menguruskan perundangan terkait scammer atau penipuan siber dan digital, hal-hal seperti mata wang kripto, e-dompet dan segala platform berkaitan akan diperkasa.
Azalina berkata kewujudan Mahkamah Siber seiring dengan perkembangan kemajuan kes-kes di platform digital yang bergerak pantas itu memerlukan kepakaran baharu kepada pihak pendakwaan dan hakim kerana ia melibatkan aspek pembuktian berbeza dengan dahulu.
"Analoginya mangsa itu dimangsakan kerana tiada pembuktian, nak menjejak semua bukti dah hilang, laju je dalam dunia digital ini, sebab itu kita kena ada satu perundangan yang selari dengan gerakan sebegitu laju," katanya.
Mengulas mengenai pencapaian setahun Kerajaan Perpaduan, Azalina berkata 2023 boleh disifatkan sebagai fasa pertama dalam usaha melaksanakan reformasi institusi di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Katanya ketelusan dan tatakelola lebih baik dapat dilihat apabila Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) buat pertama kalinya dibahaskan di Parlimen.
"Tahun ini juga kita sentuh antaranya bab undang-undang kebangkrapan, Jabatan Bantuan Guaman, kaji semula undang-undang jenayah, Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, hukuman mati mandatori yang kini mendapat budi bicara Hakim dan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023," katanya.
Azalina berkata semua proses melibatkan pindaan atau penggubalan rang undang-undang baharu bagi menjayakan reformasi institusi memerlukan banyak masa dan penglibatan ramai pihak berkepentingan.
"Undang-undang ini kita bukan Dewan Rakyat bersidang 300 hari setahun, jadi perlu masa nak bentang, nak bahas dan kita dalam format Persekutuan, ada perlembagaan, ada senarai pusat, senarai negeri dan senarai bersama, jadi ada benda perlu ambil kira pandangan kerajaan negeri juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023. - Foto BERNAMA
Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS dibaik pulih menjelang bulan depan
Kerosakan atau kecacatan pada Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor yang dilaporkan sebelum ini akan dibaik pulih menjelang bulan depan.
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina
Azalina berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023.
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.
ABIM gesa reformasi institusi disegerakan, pastikan badan penguat kuasa benar-benar bebas
Keputusan kes Najib membuktikan keabsahan suara rakyat dalam menuntut ketelusan badan pentadbiran negara sejak PRU14.
Pasca kongres: PKR masih terperangkap isu khianat parti, gagal tawar solusi - Penganalisis
Ambil contoh Selangor, seharusnya ia diketengahkan dan menunjukkan kepada rakyat, PKR sebagai sebuah parti telah menunjukkan adanya alternatif.
'Kalau dilantik jadi Menteri Kewangan sekarang, saya tak nak' - Anwar
Anwar berkata, semua pemimpin kerajaan maklum akan permasalahan yang dihadapi golongan mahasiswa dan akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Malaysia perlu bersedia pasca Mahathir dan Anwar - Khairy
Khairy berkata persediaan masa depan Malaysia pasca kedua-dua pemimpin terbabit amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju negara.